Keluaran dan sambutan Pusaka_(filem)

Pusaka ditayangkan pada 31 Oktober 2019.[1] Filem ini meraih kutipan sebanyak RM2 juta dalam masa empat hari tayangan.[7] Pusaka berjaya memperoleh kutipan kasar sebanyak RM7.2 juta dalam masa 11 hari tayangan, sekaligus memintas kutipan hujung minggu filem Maleficent: Mistress of Evil dan Terminator: Dark Fate. Filem ini turut mendominasi tangga pertama filem pecah panggung Golden Screen Cinemas (GSC) selama lima hari berturut-turut.[8][9] Pusaka berjaya memperoleh kutipan pecah panggung sebanyak RM11 juta selepas 18 hari tayangan.[10]

Menulis untuk Malaysiakini, Za'im Yusoff menyifatkan Pusaka "lebih cemerlang berbanding Dukun, rupa-rupanya ia cuma lebih baik daripada Munafik 2. Tidak lebih, tidak kurang".[11]

Rujukan

WikiPedia: Pusaka_(filem) http://www.astroawani.com/berita-hiburan/memang-me... http://www.gempak.com/artikel/28385/Seram-Habis!-K... http://www.gempak.com/artikel/28491/power-filem-pu... http://www.imdb.com/Title?Pusaka+(filem)/ https://www.malaysiakini.com/hiburan/498646 https://www.rojakdaily.com/entertainment/article/7... https://www.rojakdaily.com/entertainment/article/8... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/... https://www.hmetro.com.my/rap/2019/11/516180/sebel...